Archive for September, 2013

08 Sep 2013

Tips Memilih Pelamin

No Comments tips

1. PRAKTIKAL

Bila pilih pelamin, selain memikirkan perihal tema yang diiginkan kita pun kena pikir sekali ke-praktikalannya untuk tempat majlis kita tu. Biasanya kalau di dewan atau hotel takde masalah sebab kawasan yang luas dan besar. Tapi kalau majlis di buat di rumah, kita kena pastikan betul-betul sudut mana yang kita nak letak pelamin tu. Sebab kalau rumah kecil dan pilih pelamin yang terlalu besar, nanti akan timbul masalah. Salah satu tips yang diberikan kalau kita tetap nak pelamin yang besar tetapi rumah kecil… caranya adalah… kita letakkan pelamin di salah satu kanopiKiranya satu kanopi tu memang khas untuk meja beradap dan pelamin.

 

2. SARAT

Kalau pilih pelamin, adalah digalakkan untuk memilih yang tidak terlalu sarat dengan hiasan. Ini kerana pelamin yang terlalu sarat akan menyebabkan gambar agak serabut lagi-lagi bila bersama kaum keluarga dan kawan-kawan yang ramai. Ini jugak kadang-kadang menyukarkan photographer untuk setting kedudukan orang dalam gambar.
3. BERPATUTAN & BERTEPATAN

Yep, kalau nak tahu… di bahagian pelamin biasanya wedding boutique akan tekan harga. Lagi-lagi kalau gunakan fresh flower. Kalau jenis banyak duit takde masalah, tapi seeloknya jangan membazir. Sebab ye lah, pelamin tu kan cuma sehari je digunakan. Ada jugak kes yang aku pernah dengar mak andam sewakan pelamin sekadar pelamin saje. Kerusi, kipas dan deko-deko lain kena buat bayaran tambahan. Ada tau gitu!!! Memang bahaya! Apa kata korang cari yang berpatutan dan bertepatan dengan tema pelamin yang diinginkan. Lagi untung kalau pakej-pakej.

 

4. PEMILIHAN WARNA

Pemilihan warna sangat-sangat penting. Malahan warna jugak memberi impak bukan sekadar pada keseluruhan majlis malahan dalam gambar jugak. Warna-warna pastel biasanya menjadi kegemaran pasangan pengantin sebab memberi impak sweet dan comel. Tapi ada jugak pengantin yang berani dan menggunakan warna-warna terang. Tak salah, cuma untuk lebih menarik pastikan lighting dari photographer betul dan sesuai. Mesti nampak eksklusif dan vogue!


5. UNIK


Boleh jugak untuk pengantin memilih pelamin yang lain dari yang lain. Unik dan kreatif gitu. Yang paling penting ongkosnya berpatutan boleh saje. Kadang-kadang yang rare tu memang menarik. Di luar kebiasaan kan. Comel pun comel jugak. Atau mungkin ada pasangan pengantin yang kreatif, boleh jugak korang luahkan daya kreativiti dan keinginan korang terhadap pelamin impian. Insya-Allah kalau kena gaya, mak andam boleh laksanakan.

 

6. ELAKKAN

Elakkan memilih pelamin pada saat-saat akhir.Ini akan menyebabkan you allmelakukan banyak kesilapan memilih terutamanya dari segi harga dan kesesuaian dengan tema kerana sudah kesuntukan masa. Buat ’survey’ di beberapa galeri dan butik perkahwinan dan buat perbandingan harga.Pilihlah yang mana satu boleh memberi harga yang berpatutan.

 

7. BERBINCANGLAH

 

Berbincang dengan perancang majlis perkahwinan lebih awal agar mereka dapat meninjau kawasan dewan supaya tidak berlaku kelam kabut pada saat-saat akhir. Pastikan terlebih dahulu sama ada dewan itu menyediakan kerusi dan meja ataupun tidak.Jika tiada pastikan pihak berkenaan menyediakan segala kelengkapan itu. Perlu juga pastikan jumlah kapasiti yang boleh dimuatkan dalam dewan yang telah dipilih tadi.Pastikan ia mampu menampung jumlah tetamu yang dijemput.

 

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

05 Sep 2013

Tips Cinta Suami Isteri

No Comments tips
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

6. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

7. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.8. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

11. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

12. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

13. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

14. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

15. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

16. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

17. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

 

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam