Archive for August, 2014

20 Aug 2014

Nik Hariz & Lyana Woo – Majlis Bertandang

No Comments wedding photography

Majlis bertandang telah berlangsung di Kelab Golf Perkkhidmatan Awam, Damansara…

Biru menjadi pilihan pasangan mempelai sebagai busan persalinan sementelah majlis resepsi ini berlangsung di luar…

Suasana yang damai malah tenang mengiringi majlis…

Majlis diserikan dengan gelak tawa sanak saudara dan sahabat handai kala bertandang ke majlis…

Senyuman manis terukir dibibir pasangan pengantin sepanjang majlis…

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

13 Aug 2014

Yasir & Shahneeza Bertandang di Kemaman

No Comments wedding cinematography

Majlis bertandang berlangsing di Kemaman, Terengganu…

Majlis yang simple tetapi meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan…

Baby blue menjadi pilihan pasangan mempelai untuk persalinan…

Damai angin, mendamaikan lagi hati para tetamu dan pasangan pengantin

YouTube Preview Image

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

11 Aug 2014

Gaji Isteri Lagi Tinggi Dari Suami???

No Comments tips

Hai olls! Zaman sekarang ni lagi ramai perempuan bergaji lebih besar dari lelaki.rite? xsalah pon klau bakal suami kita tu bergaji rendah dari kita.. kat cni kami nak bagi a bit tips or lebih senang cakap nasihat… enjoy reading! ingta, baca dan fahami bukan sekadar membaca sahaj tau sayang2 semua? ok?

SEDAR

Untuk couple yang tak sama taraf “pendapatan” yang ingin berkahwin, kena berbincang sebelum buat apa-apa keputusan untuk berkahwin. Bakal suami dan isteri, kena jujur dalam hal ini. Suami perlu berterus terang tentang pendapatan dan bakal isteri perlu sedar, sekiranya dia berkahwin dengan lelaki tersebut, dia juga akan menyumbang sebahagian dari pendapatannya untuk keluarga. Kadang-kadang lebih dari suami.

Dan nasihat saya, rancanglah perbelanjaan keluarga secara kasar, sebelum berkahwin, supaya kedua-dua pihak sedar akan kemampuan dan tanggungjawab masing-masing. Dan suami juga, apabila sudah berkahwin, perlu sedar yang sebahagian tanggungjawab menyediakan nafkah telah dibantu oleh isteri. Suami perlu banyak bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sanggup membantu meringankan beban anda itu. Oleh itu, si suami perlu ringan tangan membantu dari segi hal rumahtangga pula.

Laki bekerja, isteri pun bekerja. Jadi apabila dirumah, suami dan isteri perlu sama-sama berusaha menguruskan rumah tangga. Si isteri masak, si suami basuh pinggan. Si isteri basuh kain, si suami menyidai. Si isteri menggosok baju, si suami melipat baju. Si isteri mengemas rumah, si suami membersih bilik air. Benda-benda ringan seperti ini sebenarnya akan jadi berat sekiranya dilakukan seorang diri. Isteri mana yang tidak mengomel, kalau si suami, sudahlah makan minum pun tidak ditanggung sepenuhnya, kemudian jadi boss besar di rumah sambil goyang kaki. Itu tidak adil dan zalim namanya! Dan ini bukan layan suami terhadap isteri, tetapi layanan tuan kepada hambanya! Sebab tu, ramai pompuan mengungkit… faham?

IKHLAS

Perkara ini berlaku terhadap isteri yang pada satu tahap dia tidak lagi mahu berkorban wang ringgit untuk keluarganya. Saya pernah berjumpa seorang rakan yang tidak mahu berkongsi wang dalam urusan rumah tangga. Baginya duit dia hak dia. Suami yang perlu menanggung segalanya. Nasib baik, rakan saya ini mendapat suami yang baik. Si suami yang bergaji kecil ini, sedaya upaya membanting tulang, bekerja siang malam, mencari OT, demi untuk menampung hidup keluarga di bandar metropolitan ini. Mana kala si isteri, masih lagi dengan sikap enjoy macam anak dara, membeli belah tanpa berfikir panjang dengan duit gaji bulananya. Lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin, sewa rumah dan barang dapur dibiayai sepenuhnya oleh suami. Jadi bertambah mewahlah si isteri.

Tapi sampai satu tahap, si suami, makin lama makin tidak bertenaga. Stress dan juga letih bekerja mencari nafkah. Akhirnya selepas dua tahun berkahwin, si suami jatuh sakit. Dan yang mengharukan, si suami tadi menangis teresak-esak mengenangkan perbelajaan bulanan tidak akan cukup kerana dia tidak berkerja OT bulan itu akibat jatuh sakit. Pada masa itu, barulah si isteri sedar akan pengorbanan si suami. Isteri mana sanggup melihat suaminya menangis kerana tekanan.. Sejak dari itu, barulah si isteri dengan ikhlas hati membantu si suami dari segi kewangan.

Pengajarannya ialah, kita perlu seikhlas hati membantu suami sekiranya diperlukan. Sanggupkah kita membiarkan suami seorang diri terbeban dengan perbelanjaan rumah yang tinggi masa kini. Memang bukan tanggungjawab kita. Tidak berdosa sedikit pun kiranya kita tidak membantu. Tetapi bayangkan betapa besarnya pahala seorang isteri yang seikhlas hati membantu suami. Dan Insyaallah, bila suami berbahagia dengan kita, syurgalah balasannya untuk kita.

BERTOLAK ANSUR

Perkara utama ini sangat perlu dalam mana-mana hubungan. Suami isteri perlu saling bertolak ansur dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada manusia yang sempurna, tetapi manusia boleh berusaha untuk menjadi lebih baik. Suami yang bergaji kecil, perlu sedar isteri yang membantu anda bukan atas satu kewajipan, tetapi atas dasar kasih sayang. Jangan pula si suami terus lepas tangan dari menyara keluarga kerana isterinya bergaji besar. Sepatutnya, duit gajinya itu semua diserahkan untuk perbelanjaan keluarga. Jangan pula gaji yang sedikit itu sebahagiannya dilaburkan pada bekalan rokok, belanja pergi memancing, menukar ‘sport rim’ kereta dan sebagainya. Dan jangan jadi ‘king control’ duit isteri. Sebanyak mana isteri anda sanggup bagi, terimalah dengan rasa bahagia. Selebihnya, jangan ditanya. Itu hak si isteri.
Si isteri pula, jangan memperkecilkan peranan suami walaupun gajinya kecil. Bagaimana tinggi darjat dan besar gaji anda di luar rumah, di rumah suami tetap ketua yang memimpin keluarga. Usah pula meninggi suara dan berlagak sombong dengan si suami. Setiap keputusan besar yang melibatkan hal rumah tangga perlu dibincangkan dengan suami. Tanam juga dalam hati, kalau ingin berbelanja (membeli barang-barang peribadi), adakah ianya satu keperluan atau pembaziran. Adakah duit itu lebih bermanfaat jika dibelanjakan untuk keluarga. Adakah keluarga anda akan terbeban sekiranya anda terlebih berbelanja.

Isteri yang bergaji lebih besar, perlu bijak mengatur perbelanjaan untuk keluarga dan diri sendiri. Bantu suami anda bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi juga dari segi pengurusan perbelanjaan keluarga itu sendiri. Perbincangan antara suami isteri perlu dilakukan bukan bergantung kepada keputusan sebelah pihak sahaja.

Conclucionnya, kepada gadis-gadis diluar sana, usah begitu gusar mencari pasangan yang gajinya lebih tinggi dari kita. Carilah suami yang baik dan bertanggungjawab, kerana kalau yang tidak bertanggungjawab, gaji yang berjuta ringgit sebulan pun belum tentu dapat membahagiakan anda.
Contohilah, Siti Kadijah isteri pertama Rasulallah s.a.w kita. Biarpun beliau pada asalnya jauh lebih kaya dan berharta dari Baginda Rasullah s.a.w, tetapi beliau dengan seikhlas hati menerima Nabi sebagai suami.

artikel from http://www.iluvislam.com/

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

08 Aug 2014

Adi & Anis

No Comments wedding photography

Nikah, sanding & bertandang bagi pasangan ini berlangsung dengan meriah sekali…

Senyuman terukir saat akad termeterai…

Tangisan gembira mengiringi majlis…

Majlis sanding dengan persalinan peach biru menyerlahkan keanggunan mempelai…

Biru persalinan bertandang disarung menggambarkan kedamaian…