Archive for March, 2015

31 Mar 2015

8 Perkara Perlu Elak Sebulan Sebelum Majlis

No Comments tips

Selamat petang semua , buat apa to ? sibuk membuat persiapan ke ? untuk majlis bahagia anda ? dalam anda sibuk sibuk buat persiapan to , jangan lupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan , tak kiralah sama ada kecantikan luaran ataupun dalaman . Untuk tampil cantik di majlis berbahagia anda nanti, pasti anda sanggup berhabis duit agar impian anda tercapai.  Anda mahu tampil yakin dengan diri dan penampilan anda  daripada hujung rambut ke hujung kaki.  Tapi tahukah anda  untuk memastikan impian anda  itu tercapai, terdapat beberapa perkara yang anda perlu elakkan terutama sebulan sebelum majlis.  Ikuti beberapa panduan untuk anda  kenal pasti dan cuba untuk tidak melakukannya.  Pasti anda akan tampil cantik tetapi kena pada masanya.

 

1.       Penukaran gaya rambut drastik

Menukar gaya rambut secara drastik akan menimbulkan masalah kerana ianya berkemungkinan tidak bersesuaian dengan rekaan busana, tona warna gaun atauveil perkahwinan anda.  Hanya lakukan rawatan rambut dan kulit kepala atau memotong bahagian rambut bercabang sudah mencukupi agar ia tampak berseri dan bermaya.

 

2.       Mewarna rambut

Elakkan menukar warna rambut di saat-saat akhir kerana selepas diwarnakan ianya akan tampak cantik dan menawan bagi anda, tetapi melalui proses pengoksidaan antara rambut dan pewarna mampu merubah warna tersebut dan menghasilkan tona tidak sesuai dengan warna kulit anda.  Jadi berhati-hatilah sebelum membuat keputusan untuk mewarna rambut kerana bimbang anda akan menyesal.

 

3.       Rawatan kulit moden

Rawatan kulit seperti ‘Microdermabrasion’, pengelupasan asid ‘Glycolic’, ‘Microneedling’ serta rawatan laser memang terbukti berkesan. Namun rawatan-rawatan ini mengambil masa yang lama untuk tempoh pemulihannya. Pastikan rawatan dilakukan 1-2 bulan sebelum tarikh istimewa anda supaya wajah kelihatan bersih dan sempurna tanpa cela.

 

4.       Senaman dan aktiviti ekstrem

Bagi bakal-bakal pengantin yang menyukai cabaran dan pengembaraan, berehatlah daripada melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem seperti ‘jungle-trekking’ dan ‘rock-climbing’ untuk sementara waktu. Aktiviti kecergasan ini boleh menyebabkan ketegangan otot malah jika malang tidak berbau, kecederaan serius.

Mungkin dengan mengantikan aktiviti ekstrem ini kepada aktiviti yang lebih santai seperti berjoging atau berenang juga boleh membantu anda menjaga tubuh badan dan sihat.  Seelok-eloknya anda lakukan mana-mana aktiviti esktrem ini selepas berkahwin nanti kerana anda juga dapat bersama-sama pasangan untuk merasai sesuatu yang baru.

 

5.       Produk kecantikan baru

Tidak salah untuk bereksperimentasi dengan pelbagai rutin penjagaan wajah, tetapi biarlah beberapa bulan sebelum hari bahagia anda dan tidak membuat keputusan untuk menukar kepada produk kecantikan yang baru pada saat-saat terakhir.  Ini kerana, produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit anda boleh menimbulkan reaksi alahan seperti gatal-gatal, kemerahan dan kekeringan.  Pastikan anda berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan dan nasihat tentang produk kecantikan yang sesuai.

 

6.       Tidur lewat malam

Merancang sebuah perkahwinan memang bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila semakin hampir dengan majlis, bakal-bakal pengantin tidak tidur malam terpaksa membanting tulang untuk menyempurnakan impian perkahwinan anda itu. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, lantiklah seorang rakan untuk menguruskan sebahagian dari tugas-tugas persiapan.

Kurang tidur yang lena waktu malam boleh mengakibatkan lingkaran gelap bawah mata dan kulit kusam. Selain  itu, tubuh yang tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup akan menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil ‘ghrelin’ yang menyebabkan rasa lapar berlebihan serta memusnahkan daya ketahanan badan.

 

7.       Kafein berlebihan

Bagi penggemar kopi dan minuman isotonik, kurangkan minuman jenis ini kerana pengambilan kafein dan gula yang berlebihan adalah tidak sihat untuk sistem saraf manusia. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan stres dan perasaan cemas serta menyahidratkan kulit. Banyakkan meminum air suam dan jus buah-buahan tapi yang tanpa gula ya.  Kafein juga boleh menyebabkan ketagihan, jika berlebihan anda akan mempunyai masalah seperti gigi yang kekuningan atau tidak boleh tidur di waktu malam.

 

8.       ‘Waxing’ di rumah

Mencabut bulu badan mestilah perlu menuju hampir ke tarikh bahagia. Disamping mencantikkan bahagian badan, ‘waxing’ juga mengekalkan kebersihan dan mengurangkan risiko jangkitan bakteria.  Tetapi awas, teknik ‘waxing’ yang tidak betul boleh menyebabkan radang kulit lantas menghitamkan bahagian badan.  Oleh itu, berjumpalah dengan pakar ‘waxing’ yang diiktiraf dan biar mereka yang selesaikan masalah anda.  Jika lebih baik untuk tidak menggunakan khidmat ‘waxing’ ini kerana apa yang semula jadi adalah yang terbaik.

 

 

Krdt by Pengantin

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

30 Mar 2015

Yuni & Zaquan Solemnization

No Comments wedding photography

Majlis akad nikah  Yuni dan Zaquan yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan , di Cahaya Alam , Shah Alam .

Majlis yang diadakan dengan serba ringkas .

Suasana yang damai malah tenang mengiringi majlis tersebut .

Tidak lupa juga , kehadiran sanak saudara , sahabat andai Yuni & Zaquan yang hadir pada ketika itu , memeriahkan lagi majlis tersebut .

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

 

 

25 Mar 2015

10 Cara Memikat Hati Mertua

No Comments tips

Salam sejahtera , salam satu Malaysia untuk semua bakal pengantin , hihihi . . . Hari ini kita nak kongsi tips , tips nie lain dari yang lain , hihihi . . . Korang nak tahu , betapa pentingnya kita untuk memikat hati seorang ibu mertua ? ? ? sebenarnya untuk memikat hati seorang ibu mertua nie , tak lah semudah dan tak lah sesusah mana untuk kita memikat hati seorang ibu mertua nie , dengan cara dan teknik yang betul , pasti ibu mertua kita akan terpikat pada kita , yang penting apa yang kita buat to ikhlas dari hati , bukan hanya untuk menunjuk nunjuk sahaja . jadi sayangilah ibu mertua kita , seperti mana kita menyayagi ibu kita sendiri .  (sama ada ibu atau ayah mertua) . Disini saya sertakan 10 cara memikat hati mertua ,  harap tips nie dapat diguna pakai sehingga masa hadapan .

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya

Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua andaTanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan merekaKeadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinyaDengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannyaKalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan merekaContohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan andaJika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patutTerutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri
Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.
Krdt by : www.ciklaili.com

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

 

 

24 Mar 2015

Fazlyana & Anuar Solemnization

No Comments wedding photography

Majlis pernikahan antara Fazlyna & Anuar yang berlangsung pada 14 Mac 2015 .

Majlis yang  di adakan di kediaman pengantin perempuan di Gombak .

Keadaan majlis begitu meriah sekali dengan kehadiran para tetamu yang hadir pada ketika itu .

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

 

 

17 Mar 2015

Tanggungjawab Suami Isteri

No Comments tips

Assalamualaikum semua , buat apa je to , semua bakal pengantin ? mesti tengah sibuk nak buat persiapan untuk perkahwinan korang kan ? Hari ini kita nak kongsi sikit tentang tanggungjawab suami isteri , Sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan , kita perlu bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab , sebagai seorang suami ataupun seorang isteri . Antaranya  tanggungjawab suami isteri ialah :

TANGGUNGJAWAB

 Tanggungjawab suami  (Hak Isteri)

  1. Memberi nafkah zahir dan batin
  2. Membayar mas kahwin kepada isteri
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Menjaga maruah isteri
  5. Memberi didikan agama
  6. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
  7. Menjaga dari sebarang ancaman
  8. Adil terhadap semua isteri

 

Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)

  1. Taat dan hormat kepada suami
  2. Menjaga maruah suami
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Memuaskan hati suami  dan menyenangkan pada bila-bila masa
  5. Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
  6. Tidak keluar rumah tanpa izin
  7. Tidak mendedahkan kelemahan suami

 

Tanggungjawab bersama

 

  1. Mengekalkan kerukunan rumahtangga
  2. Memelihara dan menjaga anak-anak
  3. Memberi pendidikan yang sempurna
  4. Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
  5. Menyediakan rawatan dan perubatan
  6. Menjamin keselamatan

 

ISTERI BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH

Antaranya ialah:

  1. 1.                   Sentiasa taat kepada Allah.
  2. 2.                   Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya.
  3. 3.                   Menyenangkan hati suami.
  4. 4.                   Pergi ke mana-mana setelah mendapat keizinan suami.
  5. 5.                   Tidak mudah menerima tetamu tanpa keizinan suami.
  6. 6.                   Pandai melayani suaminya dan anak-anaknya.
  7. 7.                   Tidak suka mengomel.
  8. 8.                   Suka hidup sederhana.
  9. 9.                   Tidak boros berbelanja.
  10. 10.                Tidak suka berhutang.
  11. 11.                Tidak suka mengumpat.
  12. 12.                Memelihara kehormatan diri dan keturunannya

MERANCANG KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

  1. 1.                   Mencari tempat tinggal yang selesa.
  2. 2.                   Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menang­gung nafkah isteri dan anak-anak dan masa depan keluarga.
  3. 3.                   Berbincang suami isteri tentang perjalanan hidup berumahtangga dan rancangan pembangunan keluarga.
  4. 4.                   Mengenal pasti kerja-kerja dalam rumahtangga dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas suami atau isteri atau tugas bersama.
  5. 5.                   Mengatur waktu untuk bekerj a dan untuk melaksana­kan tugas-tugas di rumah dan dalam masyarakat dan waktu untuk bermesra.
  6. 6.                   Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi dan harmoni antara suami isteri.
  7. 7.                   Mengenal pasti perkara yang digemari dan tidak di­gemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.
  8. 8.                   Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga dan merancang masa hadapan mereka.
  9. 9.                   Membina daya kreatif untuk mengekalkan ke­mesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga.
  10. 10.                Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat “Rumahku Syurgaku.”

 

 

 

Krdt by Ustaz Wahab’s Blog

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam