Archive for April, 2015

23 Apr 2015

5 Tips Memilih Make Up Artist ( Mak Andam )

No Comments tips

Hai olls ! ! ! salam satu Malaysia untuk semua bakal pengantin , hari nie kita nak share topik mengenai pemilihan Mak Andam , pemilihan Mak Andam nie sangat penting untuk kita , kalaulah lah kita ambil sambil lewa je tentang pemilihan Mak Andam nie , agak agaknya mesti muka kita akan jadi seperti ” Opera Cina ” di hari majlis bahagia kita nantikan . hehehe . Ada 5 tips memilih Make Up Artist ( Mak Andam ) antaranya ialah :

1.Tempahan awal - Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat Mak Andam atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan budget anda.

2.Test make-up/pre-wedding makeup - Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih.

3.Hanya anda seorang - Pastikan agar Mak Andam/ Make-up Artist anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan Mak Andam/ Make-up Artist anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.

4.Berbincanglah – Pastikan anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan Mak Andam/ Make-up Artist menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan Mak Andam/ Make-up Artist) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!

5.Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menetukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!

Krdt by : ikahwin.my WEDDINGS SIMPLIFIED

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

20 Apr 2015

Sarah Lew & Muhammad Mussadiq Reception

No Comments wedding photography

Majlis Sarah Lew dan Muhammad Mussadiq telah diadakan di  MITC Ballroom Melaka .

Majlis berlangsung pada 5 April 2015 .

Kehadiran tetamu telah terlihat diawal pagi lagi pada pukul 11.00 pagi .

Sanak saudara serta sahabat terdekat Sarah Lew dan juga Mussadiq telah hadir ke majlis tersebut ,

Ketibaannya pengantin pada pukul 1.30 petang , telah memeriahkan lagi suasana majlis mereka .

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

16 Apr 2015

Tips Memilih Barang Hantaran

No Comments tips

Hai olls ! ! ! Selamat sejahtera buat semua pembaca blog , kita tahu  mesti sekarang nie ramai yang tengah pening kepala memikirkan barang apa yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai barang hantarankan ? tak kiralah barang hantaran untuk bertunang mahupun barang hantaran untuk perkahwinan , anda mesti terfikir apa barang/hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan? Alahai peningnya, jangan risau kami kongsi tips yang sesuai boleh dijadikan panduan untuk anda.

Tips memilih barang hantaran

1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.

2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.

3. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.

5. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.

7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

  • Sirih Junjung
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek/Kek Cawan
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

  • Mas kahwin/Duit Hantaran
  • Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Potpourri/Bunga Rampai
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Telekung
  • Beg Tangan
  • Set wangian /Barang mekap
  • Buah-buhan
  • Kek/Kek Cawan/ Coklat
Krdt by : Wanista Dari Jus Kordial Sebenar

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

10 Apr 2015

Yuni & Zaquan Reception

No Comments wedding photography

Majlis resepsi Yuni & Zaquan telah diadakan pada tanggal 22 Mac 2015 .

Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Guithrie , Bukit Jelutong .

Yuni & Zaquan telah memilih warna unggu sebagai tema majlis mereka .

Kehadiran sanak saudara serta sahabat rapat telah memeriahkan lagi suasana majlis tersebut .

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

06 Apr 2015

Tips Memilih Perkhidmatan Katering

No Comments tips

Assalamualaikum semua ,  hye ! bakal bakal  pengantin semua , apa khabar ? sihat tak ? menghitung hari ? mesti tak sabar kan ? hehehe . . . Hari ini kita nak share sikit berkenaan pemilihan perkhidmatan katering , korang ingat pemilihan pakaian busana pengantin je penting ? pemilihan perkhidmatan katering pun penting jugak tau . kalau makanan tak sedap , kita jugak yang rugikan . Maka kata-kata yang kurang senang bakal didengari. Kenalilah cara menawan hati para tetamu undangan anda dengan masakan istimewa . Harap tips tersebut dapat membantu korang dalam memilih sesebuah perkidmatan katering .

Panduan:

1. Dapat khidmat nasihat berkaitan kateringKebanyakan katering akan serta sekali dengan pakej perkahwinan yang anda tempah melalui juru runding perkahwinan. Oleh itu, langkah awal sebelum menempah, ketahui latar belakang katering tersebut dan seramai mana pelanggan yang berpuas hati dengan hasil persembahan mereka di hari persandingan.

Tip : Sekiranya tidak ramai pelanggan yang menempah, ini bermaksud masakan daripada katerer tersebut tidak begitu baik dan tidak sedap.

2. Ketahui bajet yang sesuai dengan menu makananBajet katering sudah pasti menjangkaui puluhan ribu ringgit sekiranya jemputan melebihi 500 orang ramainya. Sebelum membuat tempahan, anda boleh menyenaraikan menu makanan pilihan untuk majlis yang akan diadakan. Langkah terbaik, penawaran harga perlu dibuat agar anda tidak membayar menu makanan terlalu mahal.

Tip : Dapatkan khidmat nasihat rakan yang pernah mengambil tempahan dengan katerer yang anda pilih, dan berhati-hati dengan pakej murah yang disediakan mereka. Ini kerana kebanyakannya, murah pada harga dan murah pada kualiti rasa menu hidangan.

3. Mencuba rasa menu makananPada saat anda membuat tempahan katering, mintalah pihak mereka menyediakan satu set hidangan yang dipilih untuk dirasa dalam tempoh seminggu. Sekiranya selepas anda merasa dan tidak berpuas hati dengan masakan katering tersebut, beri tahu kekurangan hidangan mereka dan berikan pendapat. Sekiranya anda tidak suka, boleh juga meminta untuk dibatalkan tempahan, sebelum terlewat.

Tip : Pastikan anda tidak membuat apa-apa bayaran sebelum mengesahkan kepuasan hati terhadap hasil hidangan yang diberi. Berbincanglah secara baik dengan pihak katering agar permintaan anda dapat direalisasikan.

4. Membuat tempahan menu tambahan

Tempahan tambahan seperti manisan, buahan koktel boleh ditempah oleh cheflain atau dengan meminta bantuan sanak saudara sahaja. Selain menjimatkan kos perbelanjaan, anda juga akan berpuas hati dengan rasa dan hasilnya.

5. Mengambil tahu latar belakang tetamu jemputan

Siapakah tetamu jemputan anda? Adakah ramai di antara mereka terdiri daripada kaum veteran yang tidak boleh makan sembarangan? Langkah terbaik, minta pihak katering menyediakan nasi putih disamping nasi minyak atau beriyani yang menjadi hidangan utama. Anda perlu tahu, sesetengah orang sangat alergi kepada nasi minyak dan beriyani.

Hari yang dinanti semakin menggamit tiba. Debaran rasa semakin meningkat terasa. Penuh pengharapan, hidangan dapat mencuri tumpuan tetamu undangan. Senyuman manis menjadi iringan kepada sang ratu dan raja sehari, memahat nostalgia indah memori perkahwinan kasih sejati.