Archive for June, 2015

29 Jun 2015

Checklist perkahwinan – Persediaan dari 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan sehingga sehari sebelum majlis perkahwinan!

No Comments tips

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca setia blog Pixelworks Studio ! alhamdulililah hari ini hari yang ke 12 kita menjalani ibadah puasa bagi bakal bakal pengantin yang beragama islam , harap semua bakal bakal pengantin dalam keadaan baik sahaja ea walaupun didalam bulan Ramadhan nie . Hehehe . . . Hari nie admin nak kongsi beberapa tips berkenaan tips persediaan sebelum kahwin , tips tersebut perlulah kita meniti beratkan , kerana tanpa persediaan sebelum kahwin kita tidak dapat membina sebuah mahligai yang kita idamkan . Jika anda bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini , tentu sekali dada sedang berdegup kencang . Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mesti rapi . Sudah pasti , tiada 100% sempurna , namun setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah disudahkan dengan baik .

1. Daftar kursus kawin. Perkara pertama yang perlu dilakukan . Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin . Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur .

2. Tetapkan tarikh (nikah dan sanding) . Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak . Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja yang agak lama kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak .

3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan . Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain .

4. Tentukan tema majlis kahwin . Perkara ini jarang diberi keutamaan . Namun begitu , zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema . Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin .

5. Medical check-up (HIV) test . Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.

6. Beli barangan hantaran. Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi , set penjagaan diri dan lain-lain .

7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur. Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting . Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda . Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda.

8. Gubah barang hantaran . Untuk jimat , anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda . Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal . Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage , pinjam sahaja sangkar hiasan ayang digantung di luar rumah . Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin . Kreatif dan jimat kan ?

9. Tempah juru nikah atau tok kadi . Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan . Bukan setakat nak menikahkan orang , malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan . Jadi bagi mengambil langkah selamat , tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan . Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda . Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.

10. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu . Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan . Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput , maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.

11. Tempah atau cetak kad jemputan. Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

12. Tempah pelamin idaman anda.

13. Tempah Juru solek atau mak andam. Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia . Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam ‘makeup booking list’ mereka .

14. Pilih busana pengantin .

15. Selesaikan urusan menempah khemah , kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi dan catering . Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering , anda perlu membuat ‘food test’ dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka . Bagi tempahan khemah , anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka .

16. Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda . Proses pencarian jurugambar agak lama . Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak . Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah , anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi .

17. Tempah kompang , silat gayung ker , marhaban, tarian atau band . Untuk memeriahkan majlis , anda digalakan untuk menempak servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang . Sekarang makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke , khas untuk tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka .

18. Tempah atau cetak banting atau signage . Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi , kemana arah sepatutnya mereka parking . Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab talifon sekiranya ada tetamuyang sesat mencari lokasi majlis .

Krdt by ikahwin.my WEDDINGS SIMPLIFIED

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

26 Jun 2015

Tips Pemilihan Tudung Untuk Bakal Pengantin

No Comments tips

 Hye pembaca blog semua ! selamat petang , admin harap semuanya baik baik sahaja ea , lebih lebih lagi hari nie hari jumaat bulan yang mulia untuk semua umat islam yang berpuasa , heee . . . Hari yang baik bulan yang baik nie , admin ingat nak kongsi tips berkenaan dengan pemilihan tudung untuk bakal pengantin . Pemilihan tudung perlu mengambil kira beberapa faktor antaranya jenis , warna , saiz dan corak kain serta bentuk muka individu terbabit selain gaya pemakaian . Ikuti beberapa tips ringkas untuk membuat pemilihan serta pemakaian tudung supaya tampil lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya di hari majlis bahagia anda nanti .

  1. Paling utama sebagai pengantin Muslimah , pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.
  2. Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan , asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan  kesesuaian si pemakainya .
  3. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka  bulat dan bersegi .
  4. Selain itu , anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur . Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong , sutera thai , lace , span , dan jersi amat sesuai.
  5. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu.
  6. Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan,  tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin.
  7. Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang.
  8. Fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon,georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.
  9. Warna yang lembut dan tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih paling sesuai.
  10. Elakkan memakai baju pengantin yang warnanya menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga dan kuning diraja.
  11. Paling praktikal, baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan.
  12. Untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik.
  13. Sekiranya layah yang digayakan sarat dengan hiasan jemeki atau batu permata, mini telekung atau tudung yang dipakai mestilah ringkas, polos dan tidak perlu ada hiasan.
  14. Hiasan di layah juga seharusnya tidak terlalu sarat kerana ia akan membuatkan bahagian kepala dan wajah anda serabut. Ingatlah ‘less is more’.
  15. Sekiranya ingin memakai tiara, elakkan menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal untuk pengantin bertudung.
  16. Jika anda ingin menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elakkan memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan  bentuk wajah anda tidak seimbang.
  17. Pemilihan batu permata atau jemeki juga perlu diambil kira. Elakkan memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Hiasan yang sarat akan membuatkan diri anda tidak ubah seperti penari gelek.
  18. Sekiranya majlis pernikahan diadakan di masjid, elakkan fesyen yang keterlaluan, bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika  tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemilihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul.
  19. Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis  pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu  sebagai pengantin Muslimah.
  20. Gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.

 

Krdt by Aisy Tudung Online

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

25 Jun 2015

Syazwani & Ari Solemnization

No Comments wedding photography

Anak itik di celah pandan ,

Sambil berenang berdua – dua .

Sama cantik sama padan ,

Bagai pinang dibelah dua .

Majlis akad nikah Syazwani dan Ari telah berlangsung di Country Homes , Rawang .

Majlis tersebut diadakan dikediaman pengantin perempuan .

Majlis yang diraikan dengan begitu santai dan tenang .

Kehadiran sanak saudara serta teman rapat Syazwani dan Ari telah memeriahkan lagi suasana majlis tersebut .

Syazwani dan Ari telah memilih warna ” peach ” sebagai warna tema majlis akad nikah mereka .

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

24 Jun 2015

Tips Pemilihan Kasut Kahwin

No Comments tips

Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada seluruh umat islam , serta salam satu Malaysia pada semua pembaca blog , sedar tak sedar dah masuk bulan ramadhan dah kita dan lepas itu  raya , yeaaaahhhhh ! hehehe . . Terlebih ” excited ” pulak admin nie , hehehe . .  Di bulan yang mulia nie admin nak share beberapa tips berkenaan dengan pemilihan kasut , dengar bunyi macam simple je kan ? , tapi sebenarnya ia sangat penting kepada bakal bakal pengantin kita . Memilih kasut pengantin yang sepadan dengan pakaian perkahwinan anda boleh menjadi satu urusan yang rumit dan memerlukan banyak pertimbangan . Kasut memainkan peranan yang penting juga dalam hari perkahwinan anda . Pertama sekali , anda kena pilih kasut yang sesuai dan sepadan sempurna dengan baju pengantin anda . Kasut itu harus cukup selesa dipakai dalam kaki anda semasa majlis perkahwinan buat keseluruhan, termasuk sesi bergambar dan prosedur rasmi yang lain . Antara tips pemilihan kasut adalah :

1.  Keselesaan 

Ini adalah faktor nombor satu yang perlu anda titik beratkan . Pada hari perkahwinan anda nanti , anda perlu banyak berdiri dan bergerak . Misalnya untuk sesi fotografi , melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi . Jadi pilih kasut yang  selesa dipakai , bukan yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki anda melecet .

 

2. Ketinggian dan tumit  

Dari sudut fesyen dan kecantikan , lagi tinggi tumit kasut , lagi cantik bukan ?  Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui umum boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang . Tapi Wanista nasihatkan kepada bakal pengantin , jangan bereksperimen untuk hari penting anda ya . Jika anda tidak biasa memakai kasut tumit tinggi , janganlah pula memilih kasut platfom 6 inci . Jika anda masih ingin memakainya , mungkin anda boleh berlatih  “ catwalk ”  dan membiasakan diri terlebih dahulu . Jika tidak selesa dengan tumit kasut stiletto misalnya , Pengantin punya banyak pilihan tumit kasut jenis lain , antaranya  wedges atau kitten heels . Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menyarung flat . Flat dari  TOMS  antara yang anda boleh jadikan pilihan .

3.  Fabrik 

Sesuai dengan status ratu sehari , Wanista cadangkan anda pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah . Misalnya satin , silk atau lace .  Jika anda  menyarung busana tradisional , fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai . Kasut  yang mempunyai perincian seperti labuci atau effect glitter  juga mampu menaikkan aura glamour .

4. Stail

Walauapapun pilihan anda , anda masih boleh memilih kasut mengikut citarasa dan stail peribadi anda . Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri anda sendiri dalam bergaya . Ingat anda adalah ratu pada hari tersebut . Anda berhak memilih untuk memakai apa yang anda mahukan .

 

 

5.  Cuba sebelum beli

Untuk memastikan keselesaan dan saiz yang betul , jangan lupa untuk cuba dulu kasut pilihan anda . Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada minit-minit terakhir  atau membeli kasut tanpa cuba memakainya dahulu . Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin anda . Jika tidak sesuai dengan busana , anda masih sempat untuk membeli kasut yang lain bukan .

Krdt by Wanista Dari Jus & Kordial Sebenar

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

 

22 Jun 2015

Musyahidah & Faizal Solemnization

No Comments wedding cinematography

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.

Majlis ijab dan kabul Musyahidah dan Faizal telah  diadakan di Laman Pengantin .

Majlis yang berlangsung dengan gilang gemilang ini berjalan dengan lancar .

Terpancar keceriaan di wajah kedua mempelai dan sanak saudar .

Kehadiran sahabat handai dan jiran tetangga turut memeriahkan lagi majlis tersebut .

 

YouTube Preview Image

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam