Archive for July, 2015

29 Jul 2015

Ketahui panduan fabrik yang sesuai bagi bakal ratu dan raja sehari yang bertubuh comel.

No Comments tips

Hello ! selamat sejahtera admin ucapkan kepada semua pembaca setia blog Pixelworks Studio , hari ini admin nak kongsi beberapa tips berkenaan panduan memilih fabrik yang sesuai  bagi bakal ratu dan raja sehari yang bertubuh comel . Antara tipsnya adalah :

Tips 1 : Gunakan material Chiffon

Tahukah anda bahawa material chiffon memberikan impak yang cantik apabila disarungkan pada tubuh anda ? Kerana material chiffon akan lebih terletak kerana sifatnya yang mengikut tubuh dan berat . Cuba untuk gunakan material chiffon yang agak berat supaya ia lebih indah apabila dipakai sang ratu sehari .

Tips 2 : Elakkan memakai busana terlalu ketat

Meskipun ada berpendapat bahawa yang mengikut tubuh itu kemas , tapi dalam kes jika anda bertubuh gempal , hendaklah admin nasihatkan supaya anda lebihkan kelonggaran dan elakkan terlalu ketat untuk busana pengantin anda . Bukan apa , bimbang dikatakan sarung nangka pula nanti . Pemakaian baju / busana ketat akan menyukarkan anda untuk bernafas .  Jadi bijaklah membuat ukuran .

Tips 3 : Busana terlalu longgar

Walaupun pemilihan fabric anda cantik , tetapi jika anda memilih untuk mendapatkan ukuran yang besar atau longgar juga tidak digalakkan . Ini mengelakkan busana anda menjadi terlalu ‘gedoboh’ seperti baju tidur pula . Bincanglah dengan pereka anda , dapatkan ukuran yang tepat ya !

Tips 4 : Elakkan memilih material elastic

Ingin admin nasihatkan pembaca blog Pixelworks Studio  tersayang untuk mengelakkan dari memilih busana yang menggunakan material elastic atau getah . Mungkin bagi anda senang kerana sifatnya yang ‘stretchable’ namun sebenarnya akan lebih menampakkan lemak ada di tubuh anda . Itu adalah sangat tidak bagus dan lebih kepada mimpi ngeri untuk semua bakal pengantin .

Tips 5 : Satin melembutkan gaya

Material dari satin juga sama sifatnya seperti chiffon tetapi satin lebih kepada kelembutan fabric itu sendiri . Satin juga menjadi satu fabric yang boleh digunakan oleh pengantin bertubuh gempal . Kerana ia bersifat jatuh dan berat walaupun kainnya lembut . Cuma perlu bijak memilih rekaan .

Tip 6 : Minimumkan penggunaan kain ‘lace’

Material lace cantik dan nampak elegant apabila dipadankan dengan korset satin . Tetapi harus admin ingatkan di sini bahawa penggunaan kain dari material lace yang banyak akan membuatkan tubuh anda nampak sarat dan lebih besar . Jadi cuba kurangkan penggunaan lace ya ?

Ini antara tips fabric yang boleh admin kongsingkan dengan pembaca tersayang Pixelworks Studio ,

Siapa kata bertubuh gempal anda tidak boleh berfesyen , cuma anda harus lebih peka dengan penggunaan fabric dan material . Kerana anda juga mampu menjadi secantik dan seindah puteri di hari bahagia anda .

 

 

Krdt by : ikahwin.my WEDDINGS SIMPLIFIED

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

23 Jul 2015

Tips Cara Memilih Bunga Hand Bouquet Pengantin Untuk Hari Pernikahan Anda

No Comments tips

Hi you all , tengah buat apa to ? rasanya tak terlambat lagi kalau admin nak ucap selamat hari raya kepada semua bakal bakal pengantin , hehehe . . . Sekejap je kan dah masuk 7 Syawal . harap bakal bakal pengantin dah buat persiapan secukupnya ea . Oke hari nie admin nak kongsi tips berkenaan pemilihan bungan tangan ataupun dipanggil hand bouquet pengantin .Rangkaian Hand Bouquet Pengantin merupakan kelengkapan penting dalam sebuah pesta pernikahan . Berikut kami sampaikan sedikit tips dan panduan untuk anda dalam memilih buket bunga pengantin (wedding handbouquet) :

Tips Memilih Bunga Hand Bouquet Pengantin

  • Pelajari arti bunga bila anda ingin mengungkapkan perasaan tertentu melalui “bahasa bunga. Bunga yang populer digunakan sebagai hand bouquet pengantin yaitu mawar , lily , anggrek , calla lily dan tulip .Bila anda ingin menggunakan bunga yang mempunyai aroma kuat , anda dapat menggunakan bunga kamboja , lili , bakung , dan melati .
  • Pertimbangkan warna bunga. Warna-warna yang dipilih harus sesuai dengan gaun pengantin , dan tema pernikahan . Pertimbangan warna bunga juga harus memikirkan jenis bunga tersebut . Apakah warna bunga yang anda pilih akan mudah didapat pada hari pernikahan anda. sesuai dengan ketersediaan bunga musiman akan memungkinkan Anda dampak terbesar untuk harga yang lebih murah .
  • Pilih hand bouquet pengantin yang sesuai dengan anggaran Anda .  Anda juga dapat meminta saran toko bunga untuk ketersediaan bunga , daya tahan bunga dan sebagainya .  Anda dapat menghubungi Toko Bunga Murah untuk mendiskusikan jenis bunga yang anda inginkan dan anggaran yang anda miliki .
  • Anda dapat memberi hiasan tambahan pada hand bouquet pengantin seperti bola mutiara dan kristal yang dimasukkan ke dalam karangan bunga dan akan memberi sentuhan glamor . Penggunaan pita satin yang lebar juga akan memberikan kesan yang mewah .

 

Krdt by Kado Bunga Istimewa

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

13 Jul 2015

PERSEDIAAN PERKAHWINAN : Tips Memilih Perabot

No Comments tips

Salam sejahtera , salam 1 Malaysia kepada semua pembaca setia blog Pixelworks Studio , harap semua bakal bakal pengantin dalam keadaan yang baik baik sahaja ea dalam melaksanakan persiapan perkahwinan . Hari ini admin nak kongsi tips tentang pemilihan perabot  . Sebelum melangkah ke alam perkahwinan , salah satu persediaan asas perlulah dilakukan yakni bagi memastikan kehidupan sebagai pasangan suami isteri terjamin .  Sebagai lelaki ataupun suami , perlulah kita ketahui bahawa tanggungan untuk menyediakan keselesaan kepada isteri dari segi zahir harus diambil berat . Ini adalah beberapa tips untuk anda memilih perabot mengikut kemampuan dan ruang rumah

  1. Ruang Tamu

Jangan memilih perabot yang mempunyai saiz besar , cukuplah dengan perabot yang kecil atau simpleagar ruang rumah tidak terlalu sarat . Tambahkan dengan hiasan dinding yang besar seperti lukisan untuk mencipta ilusi ruang yang lebih luas . Kadangkala apabila pergi berdua dan perlu memilih konsep dan jenis perabot , wanita khususnya mudah tertarik dengan perabot yang besar dari segi saiz dan harga .  Ingat jangan berbelanja melebihi kemampuan dan berbincanglah dengan pasangan sebelum anda membuat keputusan .

 

Pilih satu konsep untuk rumah anda contohnya moden atau english style , ini memudahkan anda untuk mencari perabot yang bersesuaian.  Kehendak dan keperluan perlulah dibezakan untuk pemilihan perabot kerana jika membeli mengikut kehendak , apa yang mungkin rumah anda tidak perlukan akan anda beli dan ini mengakibatkan rumah nampak terlalu sarat dan tiada ruang .

  1. Bilik

Pentingnya pemilihan perabot untuk bilik agar bilik nampak tenang tatkala anda berduan bersama pasangan , perabot asas seperti katil dan almari perlulah dari material yang tahan lama dan berkualiti . Pemilihan warna juga penting untuk menaikkan kehangatan di bilik tidur , pilihlah warna yang redup dan cerah . Digalakkan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu perabot agar anda mendapat harga yang berpatutan.  Jangan mudah terpedaya dengan helah penjual yang kadangkala menaikkan harga barangan perabot .

 

Katil contohnya perlulah bersesuaian dengan saiz bilik untuk memberi ruang anda berjalan dan bersolat bersama .  Katil boleh diletakkan di sudut bilik dan pastikan anda dapat melihat secara terus ke pintu masuk bilik apabila anda berbaring .  Elakkan membeli secara ansuran kerana ini mungkin menjadi beban kepada anda untuk membayar harga yang lebih mahal untuk perabot idaman .

  1. Dapur

Pemasangan kabinet lekap  ( fixed cabinet ) adalah digalakkan kerana ini memudahkan anda untuk menyimpan peralatan dapur dan seterusnya menjimatkan ruang . Pastikan kabinet lekap yang dipasang mempunyai ruang untuk menempatkan alatan elektrik yang lain seperti ketuhar dan sebagainya .  Untuk kegunaan jangka masa yang panjang , material untuk kabinet lekap perlulah dari kayu yang tahan dari serangan anai-anai atau yang mungkin kalis air dan tidak mudah berhabuk .

 

Jika masih tercari-cari reka bentuk untuk kabinet dapur anda , mungkin anda boleh melayari laman web untuk mendapatkan idea dan jangan lupa untuk lukiskan lakaran anda supaya mudah untuk ditunjuk kepada pihak reka bentuk nanti.

 

Semasa jualan akhir tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk anda keluar membeli perabot kerana banyak jualan murah diadakan diseluruh negara.  Gunakan masa ini dengan sebaik mungkin untuk sama-sama keluar berdua dan berkongsi idea dekorasi serta perabot rumah .

 

Krdt by : Pengantin

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

10 Jul 2015

Tips Memilih Bunga Pahar Yang Sesuai Dengan Majlis Perkahwinan Anda

No Comments tips

Assalamualaikum semua , macam mana hari nie ? oke ke ? mesti sekarang nie semua tengah sibuk menyediakan persiapan hari raya kan ? raya raya jugak , tapi bakal bakal pengantin jangan lupa , persiapan untuk majlis bahagia anda juga penting , jangan sampai ada yang tercicir pula , hehehe . . . Oke hari nie admin nak kongsi tips berkenaan mimilih bunga pahar yang sesuai untuk majlis bahagia anda semua . Jangan terkeliru , antara bunga pahar dengan bunga telur ya . Kedua-dua bunga ini memang digunakan ketika majlis perkahwinan tetapi fungsi kedua-dua jenis bunga ini adalah berbeza . Bunga pahar merupakan bunga telur yang direka dan dihias khas untuk dipaharkan dan diletakkan di atas pelamin . Ia dijadikan sebagai hiasan pelamin untuk menaikkan seri pelamin bagi kedua-dua mempelai . Manakala , bunga telur merupakan buah tangan yang dihias untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir . Bunga telur selalunya ditempah atau dibuat dalam jumlah yang banyak selari dengan jumlah tetamu jemputan , berbeza dengan bunga pahar yang direka dan dibuat dalam jumlah yang lebih sedikit dari bunga telur . Jadi , anda sudah dapat membezakan kedua-dua jenis bunga ini ? Kali ini , admin ingin berkongsi tentang jenis-jenis bunga pahar yang terdapat di pasaran serta mendapat tempat di kalangan bakal pengantin . Bagi pasangan yang sedang mencari bunga pahar untuk majlis perkahwinan anda , mungkin anda boleh jadikan ini sebagai bahan rujukan anda .

  • Bunga Pahar Stokin

Bunga Pahar Stokin bukanlah bunga yang dihias menggunakan stokin tetapi sebaliknya . Ia menggunakan fabrik yang seakan-akan fabrik stokin wanita yang lembut dan nipis . Bunga Pahar Stokin kelihatan sama seperti Bunga Pahar Dip daripada segi motif dan rupa bentuk . Namun begitu , ia berbeza dari segi tekstur dan material . Proses pembuatannya tidaklah serumit pembuatan bunga pahar dip , ia lebih mudah dan jika kena dengan caranya ia akan tampak mewah dan menarik apabila diletakkan di atas pelamin .

  • Bunga Pahar Tisu atau Bunga Pahar Crepe Peper 

Bunga Pahar Tisu adalah di antara bunga pahar yang agak popular pada zaman sekarang . Hal ini adalah kerana , ia memiliki keistimewaan dari segi bunganya yang kelihatan seperti bunga sebenar yang tampak gebu dan comel . Bunga Pahar Tisu sangat sesuai menerima kombinasi konsep dan penataan yang bertemakan ‘ English Wedding ’ mahupun modern kontemperori . Bagi mereka yang mempunyai kelapangan dan berbakat dalam membuat bunga pahar DIY , anda memang digalakkan untuk lakukannya sendiri kerana kosnya adalah sangat murah di samping ia mudah untuk dibuat . Motif yang sering digunakan ialah motif  bunga carnation dan juga bunga kekwa .

  • Bunga Pahar Kristal

Bunga Pahar Kristal ini mendapat nama dari gubahannya yang kelihatan seperti kristal . Ia sebenarnya menggunakan bahan asas seperti manik-manik  kecil dan besar yang dicantumkan menjadi jambangan bunga sekaligus membentuk bunga pahar yang sangat indah . Ia akan kelihatan seperti berkilauan di bawah lampu di atas singgahsana . Motif yang sering digunakan dalam gubahan bunga pahar Kristal ini ialah motif bunga daisy dan bunga-bunga lain yang kecil .

  • Bunga Pahar Teddy Bear

Selain daripada bunga pahar yang bermotifkan bunga-bungaan , kini ada juga di antara bakal pengantin yang ingin melakukan kelainan dengan melakukan bunga pahar menggunakan teddy bear . Bunga pahar ini kelihatan sangat comel apabila diletakkan di atas pelamin . Pastinya ia menjadi rebutan para tetamu kerana kecomelan teddy bear dan hiasan bunga pahar tersebut .

  • Bunga Pahar Coklat

Bunga Pahar Coklat menjadi kegilaan ramai bakal pengantin . Coklat seperti Fererro Rocher sangat sesuai dijadikan bunga pahar kerana pembalut coklat tersebut sudah cukup menunjukkan nilai kemewahan . Apabila dihias dengan perincian yang lain dan diletakkan di bawah cahaya lampu , pastinya ia sangat menarik dan cantik .

 

Krdt by : WOM

 

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam

 

07 Jul 2015

Tips Memilih Gaun Pengantin

No Comments tips

Hello hello , hye semua bakal bakal pengantin  ! nie nak kongsi sikit nie , tentang tips memilih gaun pengantin . Mencari dan memilih gaun pengantin menjadi salah satu langkah pertama yang dilakukan oleh pengantin wanita ketika memulai untuk menyiapkan pernikahan . Mencari gaun yang sempurna adalah tugas yang menarik bagi seorang wanita , Semua wanita tentunya ingin tampil menawan pada moment pernikahan mereka . Oleh karena itu , memilih gaun pengantin merupakan elemen terpenting agar Anda bisa tampil cantik secara sempurna saat hari bahagia . Berikut beberapa tips dalam memilih gaun pengantin untuk pernikahan anda semua .

1. Budget

Membeli gaun pengantin membutuhkan biaya yang cukup besar . Jangan menilai cocok tidaknya gaun pengantin berdasarkan harganya . Gaun pengantin dengan harga mahal belum tentu sesuai ketika dikenakan oleh Anda . Jadi sebelum memutuskan untuk membeli gaun pengantin , lebih baik pikirkan kembali keputusan Anda secara matang , mungkin anda dapat mengkonsultasikannya dengan pasangan agar pasangan dapat memberikan pendapatnya . Jika budget untuk gaun pengantin tidak besar , maka Anda dapat menyewanya dari bridal yang Anda percaya atau yang direkomendasikan oleh kerabat .

2. Menjadi Diri Sendiri

Pilihlah gaun pengantin yang sesuai dengan kepribadian Anda , tetapi dengan sentuhan yang lebih glamor ketimbang dari biasanya . Anda boleh mencuba hal baru , tetapi jangan memaksakannya kerana Anda harus nyaman dengan gaun pengantin yang Anda kenakan.

3. Pilihlah Gaun Sepraktis Mungkin

Gaun pengantin yang tampak cantik belum tentu praktis untuk dikenakan . Sesuaikan gaun yang Anda pilih dengan banyaknya kegiatan dalam resepsi pernikahan . Jangan sampai Anda akan merasa tidak selesa selama resepsi pernikahan , ingatlah pada hari itu Anda dan pasangan Anda akan menjadi pusat perhatian. Ketika Anda terlihat selesa dengan apa yang Anda kenakan , maka orang lain pun juga akan merasakan hal yang sama .

4. Sesuai dengan Bentuk Tubuh

Untuk tampil cantik dalam hari pernikahan , seringkali kita memaksakan diri untuk membeli pakaian yang sebenarnya tidak sesuai dengan bentuk tubuh kita . Jika busana yang kita kenakan tidak sesuai dengan bentuk tubuh kita , secantik apapun busana yang kita kenakan akan terlihat tidak cantik juga bila kita memakainnya . Jadi sebaiknya Anda memilih gaun pengantin yang sesuai dengan lekuk tubuh , jangan terlalu memaksakan diri untuk mencuba hal yang baru ketika pada akhirnya Anda juga yang tidak akan selesa pabila mengayakannya .

5. Bahan yang Nyaman
Bahan merupakan salah satu faktor yang penting dalam memilih gaun pengantin yang tepat . Jika Anda memiliki kulit yang sensitif , jauhi bahan-bahan seperti lace , dengan aksen bulu ataupun bahan lain yang dapat membuat reaksi alergi pada tubuh Anda . Sebaiknya Anda memilih bahan yang mudah menyerap keringan dan selesa dikenakan baik siang ataupun malam . Sebab gaun tersebut akan Anda gunakan sepanjang hari bahagaia anda .

6. Pemilihan Warna
Adat apapun yang dipilih dalam hari pernikahan Anda , ingatlah untuk menyelaraskan warna gaun tersebut dengan kulit Anda . Warna putih pucat belum tentu sesuai  bagi semua orang . Sekarang, banyak gaun pengantin yang dikombinasikan dengan palet yang menyala , terutama pada gaun pengantin dengan adat tradisional yang seringkali mengombinasikan warna merah dengan warna ivory sebagai aksennya .

7. Sesuai dengan Lokasi Pernikahan
Jika Anda mengadakan acara pernikahan di outdoor , pilihlah gaun pengantin yang akan mudah dikenakan pada hari pernikahan Anda . Pilih bahan yang ringan dan panjang agar dapat memudahkan ruang gerak Anda. Untuk acara pernikahan outdoor , Anda harus benar-benar selesa  dengan gaun pengantin yang Anda kenakan kerana  Anda tidak di tempat yang senyaman ruang ber-AC.

 

 

 

Krdt by : Finest Organizer

Radzi Zin,
Founder/Principal Photographer of
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN
www.pixelworks.com.my

Main Gallery (Shah Alam) +603 5524 6955 / 017 366 8872

email us at: askme@pixelworks.com.my

like our facebook at www.facebook.com/PixelworksCreative

 

Kami di ‘Pixelworks Studios‘ bukan sahaja menawarkan khidmat ‘fotografi perkahwinan‘ / ‘wedding photography‘. Sebagai ‘jurugambar perkahwinan‘ profesional sepenuh masa, kami juga merupakan ‘wedding videographer‘ / ‘wedding cinematographer’. Untuk mendapatkan ‘gambar perkahwinan‘ & ‘videografi perkahwinan’ terbaik dari ‘Malaysia’s Best Wedding Cinematography & Photography‘, sila hubungi kami di +6017 366 8872 atau drop by at our studio at No 16 – 21 Persiaran Bandaraya , Pusat Perdagangan Azalea Seksyen 14 , 40000 Shah Alam