Archive for May, 2016

31 May 2016

13 PANTANG LARANG SEBELUM KAHWIN

No Comments tips

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog pixelworks. Hari ni admin nak share mengenai pantang larang sebelum kahwin. Yela kita zaman sekarang ni busy bebenor dengan kerja sampai tak tahu ataupun tak ingat tentang pantang larang nenek moyang kita dan sebagainya. Hope tips kali ini dapat membantu buat bakal pengantin kita ni.

1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.

3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.

4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.

5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

6. jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.

7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah

8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.

9 Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan

12. Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.

13. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.

Kredit By : iKahwin.my

(semua gambar diatas adalah hak milik pixelworksstudio)

—————————————————————————————————————————

Admin baik hati hari ni, jadi admin rasa nak bagi HARGA SPECIAL lah untuk BAKAL-BAKAL PENGANTIN kita ni. Siapa NAK, sila komen NAK. 10 yang TERAWAL AKAN TERIMA HARGA KASIH SAYANG dari admin.
ATAU BOLEH

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

JOM FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM @studiopixelworks

ATAU LIHAT POST KAMI YANG TERBARU DI
@pixelworksstudio

#bertandang #malaywedding #fotografer #jurugambar #jurufotoperkahwinan #jurugambarperkahwinan #mahligaicinta #pameranpengantinmalaysia #jomkahwin #malaysiawedding #malaywedding #love #prewedding #postwedding #sayajual #projekkahwin #rajasehari #photographermurah #servicemurah #hargamurah #majlisperkahwinan #jodohpastibertemu #weddingexpo2016 #weddingexpo #wedding #topmalaysiaweddingphotographer #pakejperkahwinan #malaysiabestweddingcinematography #hantaranperkahwinan #bajupengantin #pengantin #topmalaysiaweddingphotography #topmalayweddingvideographer #topmalayweddingvideography #topmalayweddingphotographer #topmalayphotography #topmalayweddingvideographer #topmalayweddingvideography #bestwmalaysiaweddingphotography #bestweddingmalayweddingphotography #bestmalaysiaweddingphotographer #bestmalayweddingphotographer #bestmalaysiaweddingvideographer #bestmalayweddingvideographer #bestmalaysiaweddingvideography #bestmalayweddingvideography

27 May 2016

5 TIPS MENGHADAPI BAKAL MENTUA

No Comments tips

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog pixelworks. Hari ni admin nak share sesuatu tau. Yela orang cakap sharing is caring kan?? Hahaha. Okaylah, admin nak kongsikan cara-cara atau tips untuk menghadapi bakal mentua. Tak kiralah lelaki ke perempuan mesti akan menghadapi mentua sebelum mereka berkahwin dengan pasangan pilihan masing-masing.

1. Kekemasan

Kekemasan diri amatlah penting untuk dititik beratkan. Dari hujung rambut ke hujung kaki, si dara mahupun teruna mesti lah dalam keadaan serba serbi kemas dan bersih. Kuku hendak lah dipotong, rambut juga sentiasa dalam keadaan disikat rapi. Jika perlu, semburkan minyak wangi untuk membuatkan anda lebih rasa disenangi. Tapi ingat, elakkan bau yang terlalu kuat atau semburan yang berlebihan kerana sesetengah orang alah pada pewangi. Senang cite, anda smart dari segi fizikal in shaa Allah anda pass! Hahaha.

2.Cara berpakaian

Pakaian adalah antara tumpuan utama yang diberi apabila kita berkenalan dengan orang baru. Oleh itu, pakai lah pakaian yang bak kata orang ‘sejuk mata memandang.’

Bagi wanita, pakailah pakaian yang sopan dan sesuai dengan budaya timur. Elakkan memakai pakaian yang membuat anda berasa tidak selesa untuk berhadapan dengan keluarga bakal mertua. Kalau boleh janganlah terdedah sana terdedah sini kan tak sopan tu. Bagi lelaki pula, elakkan memakai seluar jeans dan kemeja-T yang kotor dan lusuh tapi jangan pulak hang pergi bantai pakai baju kemeja, seluar slak, kasut kulit dengan tie sekali. Hahahaha. Kalau macam tu baik pergi interview je! Hihihi.

3.Peramah

Lumrah bagi setiap pasangan akan berasa malu apabila kali pertama berjumpa dengan bakal mertua. Seeloknya buang lah perasan malu dan cuba bermesra dengan bakal mertua atau ahli keluarga yang lain. Ringankan mulut untuk bertanya khabar, dan wujudkan perbualan antara kedua dua belah pihak.Tetapi janganlah bertanyakan soalan yang sensitif contohnya mengenai hal-hal yang peribadi kerana sesetengah orang tidak selesa dengan soalan-soalan sebegitu rupa. Selain itu, elakkan bermain telefon bimbit ketika bersama bakal mertua kerana ini boleh mendatangkan perasaan tidak selesa daripada bakal mertua. Tetapi ingat, tutur kata yang sopan juga perlu dijaga untuk mengambil hati si mertua.

4.Ringan tulang

Bagi wanita, rajinkan diri untuk tolong bakal ibu mertua di dapur. Setakat memotong sayur, membuat air atau menghidang makanan sudah cukup memadai bagi pertemuan pertama dengan bakal keluarga mertua. Dengan cara ini, sudah semestinya ibu pasangan anda dapat melihat kecekapan anda menguruskan hal hal di dapur. Yang lelaki pula, sekiranya datang rajin-rajinkan lah bila makan ke minum ke tolong bawa ke dapur pinggan mangkuk ataupun cawan selepas makan dan minum tu. Kalau boleh basuh sekali, buktikan lelaki juga mampu buat benda tu semua. Tapi beringat sedikit, dah ringan tulang sebelum kahwin, selepas kahwin jangan berat tulang pula. Hahahaha. Kan nampak sangat fake nya tu. Hihihi.

5.Buah tangan

Dalam perjalanan ke rumah bakal keluarga mertua, singgah lah di gerai atau kedai untuk membeli sedikit buah-buahan atau kuih muih bagi menunjukkan kesungguhan anda untuk bertemu dengan mereka. Untuk memudahkan pilihan, anda boleh bertanya kepada pasangan tentang makanan yang digemari oleh ibu bapanya untuk dijadikan buah tangan. Yela nak ambil hati mentua katakan. Hihihi.

Kredit By : iKahwin.my

(semua gambar diatas adalah hak milik pixelworksstudio)

—————————————————————————————————————————

Admin baik hati hari ni, jadi admin rasa nak bagi HARGA SPECIAL lah untuk BAKAL-BAKAL PENGANTIN kita ni. Siapa NAK, sila komen NAK. 10 yang TERAWAL AKAN TERIMA HARGA KASIH SAYANG dari admin.
ATAU BOLEH

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

JOM FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM @studiopixelworks

ATAU LIHAT POST KAMI YANG TERBARU DI
@pixelworksstudio

#bertandang #malaywedding #fotografer #jurugambar #jurufotoperkahwinan #jurugambarperkahwinan #mahligaicinta #pameranpengantinmalaysia #jomkahwin #malaysiawedding #malaywedding #love #prewedding #postwedding #sayajual #projekkahwin #rajasehari #photographermurah #servicemurah #hargamurah #majlisperkahwinan #jodohpastibertemu #weddingexpo2016 #weddingexpo #wedding #topmalaysiaweddingphotographer #pakejperkahwinan #malaysiabestweddingcinematography #hantaranperkahwinan #bajupengantin #pengantin #topmalaysiaweddingphotography #topmalayweddingvideographer #topmalayweddingvideography #topmalayweddingphotographer #topmalayphotography #topmalayweddingvideographer #topmalayweddingvideography #bestwmalaysiaweddingphotography #bestweddingmalayweddingphotography #bestmalaysiaweddingphotographer #bestmalayweddingphotographer #bestmalaysiaweddingvideographer #bestmalayweddingvideographer #bestmalaysiaweddingvideography #bestmalayweddingvideography

27 May 2016

4 CARA ELAKKAN STRESS DALAM PERSIAPAN PERKAHWINAN

No Comments tips

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog pixelworks, hari ni admin nak share tentang cara elakkan stress dalam persiapan perkahwinan. Admin tahu semua bakal pengantin akan rasa bahang perkahwinan dan merasa stress tentang sesuatu berkenaan majlis perkahwinan mereka.

1. Cari Bantuan:

Anda tidak perlu melakukan segala-galanya! Cuba cari kawan, atau saudara-mara yang rapat untuk sama-sama membantu anda dalam menguruskan majlis perkahwinan anda. Ia adalah cara yang lebih produktif (dan lebih baik). Sekurang-kurangnya ia juga dapat meringankan sedikit beban anda untuk melakukan segalanya.

2. Berbincang dengan rakan-rakan tentang sesuatu yang lain daripada perkahwinan anda:

Apabila rakan-rakan rapat anda dipilih untuk menjadi pengapit, perbualan yang akan kerap berlaku adalah mengenai majlis perkahwinan anda. Cuba elakkan dari kerap berbual mengenainya kerana rakan-rakan anda akan bosan mendengar sekaligus menambah tekanan kepada anda sendiri apabila merasakan rakan-rakan rapat tidak mengambil berat mengenai majlis perkahwinan padahal mereka bosan kerana selalu berborak mengenainya. Yelakan, kawan-kawan anda tu pun ada perasaan. Dah tiap kali jumpa, tiap kali telefon, tiap kali whatsapp benda yang sama kamu cerita mana tak bosan kawan tu.

3. Hadkan waktu untuk membaca majalah perkahwinan ataupun gambar-gambar kahwin orang lain:

Satu kajian baru-baru ini, menunjukkan peningkatan tahap tekanan wanita. Mengapa? Mereka membandingkan diri mereka dengan imej “sempurna” yang digambarkan didalam gambar-gambar dan majalah-majalah perkahwinan. Ingatlah bukan semua majlis kahwin adalah sempurna. Kekurangan mesti ada, dan disebalik gambar yang sempurna itu banyak kisah yang tidak dipaparkan. Set minda anda bahawa tiada yang sempurna didunia ni. Ingat tu wahai kaum wanita!!!!

4. Checklist :

Sediakan checklist untuk perkara-perkara penting yang perlu dilakukan agar anda tidak merasakan banyak perkara yang perlu disiapkan pada satu masa tertentu.

Kredit By : iKahwin.my

(semua gambar diatas adalah hak milik pixelworksstudio)

—————————————————————————————————————————

Admin baik hati hari ni, jadi admin rasa nak bagi HARGA SPECIAL lah untuk BAKAL-BAKAL PENGANTIN kita ni. Siapa NAK, sila komen NAK. 10 yang TERAWAL AKAN TERIMA HARGA KASIH SAYANG dari admin.
ATAU BOLEH

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

JOM FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM @studiopixelworks

ATAU LIHAT POST KAMI YANG TERBARU DI
@pixelworksstudio

#bertandang #malaywedding #fotografer #jurugambar #jurufotoperkahwinan #jurugambarperkahwinan #mahligaicinta #pameranpengantinmalaysia #jomkahwin #malaysiawedding #malaywedding #love #prewedding #postwedding #sayajual #projekkahwin #rajasehari #photographermurah #servicemurah #hargamurah #majlisperkahwinan #jodohpastibertemu #weddingexpo2016 #weddingexpo #wedding #topmalaysiaweddingphotographer #pakejperkahwinan #malaysiabestweddingcinematography #hantaranperkahwinan #bajupengantin #pengantin #topmalaysiaweddingphotography #topmalayweddingvideographer #topmalayweddingvideography #topmalayweddingphotographer #topmalayphotography #topmalayweddingvideographer #topmalayweddingvideography #bestwmalaysiaweddingphotography #bestweddingmalayweddingphotography #bestmalaysiaweddingphotographer #bestmalayweddingphotographer #bestmalaysiaweddingvideographer #bestmalayweddingvideographer #bestmalaysiaweddingvideography #bestmalayweddingvideography

26 May 2016

6 CARA MEMIKAT HATI SUAMI

No Comments tips

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog kami iaitu pixelworks. Hari ni admin nak share atau bahasa melayu ertinya berkongsi dengan semua pembaca mengenai cara memikat hati suami. Haaaa mesti tak sabar-sabar nak tahu. Baiklah, dibawah ini ada beberapa tips memikat hati suami, harap si isteri yang sedang membaca ni gunakan tips ini sebaik yang mungkin.

Berdandanlah dengan baik.
Berdandan disini maksud admin anda sebagai seorang isteri haruslah menjaga penampilan diri untuk suami anda sendiri.Walaupun dirumah anda kenalah sentiasa nampak lawa dan comel dimata suami bukan je asyik nak keluar je baru dandan seGEMPAK yang mungkin. Salah tu cik kak. Sepatutnya kalau kat rumah tu takkanlah nak kusut masai. Contohnya,ada getah rambut ikatlah kalau rasa rambut tu panjang dan ingin rasa kemas.
Miliki postur yang baik.
Postur yang baik menjadikan tubuh anda tampak dalam bentuk terbaik dan akan membuat perasaan tertarik dalam diri si suami. Berdirilah dengan tegap, duduk tegak, dan lawan dorongan untuk membungkuk atau duduk merosot. Tegakkan kepala dan tarik bahu ke belakang agar postur anda anggun dan berkeyakinan.
Ingat dia ketika berbelanja.
Sesekali anda sebagai isteri berbelanja tu ingatlah suami anda yang sedang bekerja atau sebagainya. Contohnya, belilah pakaian atau makanan kesukaan beliau. Takpun jika anda ingin beli baju untuk anda, belilah warna kegemaran beliau. Agar suami tahu yang anda cuba menarik perhatian nya. Bukan menarik duitnya. Hihihihi.

Lakukan perubahan penampilan secara kecil-kecilan.
Lakukan perubahan pada diri anda. Misalnya anda dulu seorang yang tak reti langsung pasal make up ataupun bergaya. Jadi ini masanya anda berubah. Contoh, beli lipstik yang lain dari lipstik yang dulu, pergi spa untuk jaga tubuh anda atau gayakan tudung mengikut kesesuaian wajah anda. Siapa tahu tanpa anda sedari ia juga dapat memikat suami anda?
Ukir senyum di wajah Anda.
Senyum adalah salah satu cara paling berkesan untuk memikat hati si suami, yela masa mula kenal dulu-dulu, dengan satu senyuman sahaja boleh membuat suami anda cair takkanlah dah kahwin ni tak cair kodd. Jadi tidak hairan jika tersenyum pada suami setelah menikah tetap dapat menyentuhnya dengan cara yang sama. Sikap yang ramah, menyenangkan, dan bahagia adalah kunci untuk membuat suami tertarik.
6 Jaga hubungan dengan suami.
Bersyukur dengan adanya suami disisi anda. Hargai waktu yang anda luangkan bersama suami, dan cari kesempatan untuk menghabiskan waktu yang berkualiti dengannya.Cari waktu yang sesuai untuk tetap berhubungan sepanjang hari. Paling sedikit pun sekali dalam sehari, cari kesempatan untuk berbual dildalam telefon, Skype atau SMS untuk menunjukkan bahwa anda sentiasa memikirkan dia.

Kredit By : wikihow.com.my

(semua gambar diatas adalah hak milik pixelworksstudio)

—————————————————————————————————————————

Admin baik hati hari ni, jadi admin rasa nak bagi HARGA SPECIAL lah untuk BAKAL-BAKAL PENGANTIN kita ni. Siapa NAK, sila komen NAK. 10 yang TERAWAL AKAN TERIMA HARGA KASIH SAYANG dari admin.
ATAU BOLEH

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

Call/SMS/WHATSAPP
0173668872

JOM FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM @studiopixelworks

ATAU LIHAT POST KAMI YANG TERBARU DI
@pixelworksstudio

#bertandang #malaywedding #fotografer #jurugambar #jurufotoperkahwinan #jurugambarperkahwinan #mahligaicinta #pameranpengantinmalaysia #jomkahwin #malaysiawedding #malaywedding #love #prewedding #postwedding #sayajual #projekkahwin #rajasehari #photographermurah #servicemurah #hargamurah #majlisperkahwinan #jodohpastibertemu #weddingexpo2016 #weddingexpo #wedding #topmalaysiaweddingphotographer #pakejperkahwinan #malaysiabestweddingcinematography #hantaranperkahwinan #bajupengantin #pengantin #topmalaysiaweddingphotography #topmalayweddingvideographer #topmalayweddingvideography #topmalayweddingphotographer #topmalayphotography #topmalayweddingvideographer #topmalayweddingvideography #bestwmalaysiaweddingphotography #bestweddingmalayweddingphotography #bestmalaysiaweddingphotographer #bestmalayweddingphotographer #bestmalaysiaweddingvideographer #bestmalayweddingvideographer #bestmalaysiaweddingvideography #bestmalayweddingvideography

26 May 2016

5 TIPS HILANGKAN RASA GEMENTAR SEMASA AKAD NIKAH

No Comments tips

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog pixelworks. Admin rasa apa yang admin nak sampaikan pada hari ni adalah lebih kepada pihak pengantin lelaki. Yela semua tahu asal akad nikah je mesti perasaan bercampur aduk hahaha. Ada saja yang tak kena dik hati dan perasaan ni. Jadi  admin share kan tips untuk hilangkan perasaan yang gementar tu semasa akad nikah.

1) YAKIN
-pengantin lelaki itu haruslah merasa yakin dengan dirinya sendiri dan juga dengan pilihan hatinya untuk berkahwin dgn si pengantin perempuan ini. so pada sesiapa yang kahwin terpakse tu mungkin agak susah la nk merasa yakin kot. Tapi cubalah fikir positif sikit, mungkin ada hikmahnya bila kahwin terpaksa ni.
2) Buat di masjid
Apa kata akad nikah kita jalankan di masjid.Sekarang ramai pasangan yang sudah ingin melangsungkan pernikahan di masjid.Maklumlah jika kat rumah tentu riuh rendah dengan suara kanak-kanak serta sanak saudara.Pernikahan di masjidkankan lebih tenang.Boleh laksanakan solat sunat.Sekurang-kurangnya rasa gabra atau gemuruh akan berkurangan,maklumlah berada di tempat mulia.
3) BERSEDIA
-semestinya kene sentiasa bersedia.. sebelum hari nak akad, practice ckp dgn diri sendiri, misalnya cuba bercakap didepan cermin… baca ape2 yang patut takot nanti kena soal depan org ramai. Senang cite, sediakan payung sebelum hujan.
Pilih la pengapit dari sahabat atau kawan kita yang rapat sebagai pengapit.Nantinya sewaktu menunggu waktu nak akad nikah ada juga kawan yang boleh dijadikan rakan berbual.Pastikanlah kawan atau pengapit anda tu,berpengalaman,boleh dibuat rujukan…terutama saat-saat anda terlupa sesuatu. Yela masa nak akad nanti semua benda nak kena ingat.
5) Bertenang
Tenangkanlah diri anda.Jangan la banyak fikir sangat,nanti runsing lagi susah..tentu dah banyak yang sudah dipelajari sewaktu kursus perkahwinan dulu.Sebelum memutuskan untuk berkahwain baikilah diri,baiki amalan….bacalah ayat-ayat al Quran semoga lebih tenang….
Kredit By : babab.net